Wednesday 30 July 2008

Adakah Aku Ikhlas??


Kita semua maklum bahawa keikhlasan itu menjadi pra-syarat untuk apa­­2 amalan kita diterima oleh Allah swt. Kerana kita inginkan amalan kitalah yang bakal menjelma sebagai makhluk yang indah bila kita di dalam alam barzakh nanti, kita berharap agar amalan kitalah yang dapat membela kita pada hari pembalasan kelak.

Sudah tentu, niat pada permulaan kita membuat sesuatu, hinggalah ke akhirnya perlulah hanya kerana Allah semata-mata. Tidak kira amalan itu menyentuh perkara peribadi mahupun dalam kehidupan berdakwah. Namun, ibarat kita hendak mengenal samada kita sudah terkena penyakit 'chicken pox' dsbnya, ada tanda-tanda yang dapat menolong kita memastikan adakah benar kita ini ikhlas.Antaranya:-
*
Kita takutkan sanjungan dan pujian manusia.
*
Kita tidak berasa hati apabila usaha dikritik oleh manusia.
*
Kita tidak berasa bangga bila dipuji.
*
Kita sentiasa menganggap diri cuai dalam ibadah akibat sikap taajub akan diri sendiri.
*
Tidak malas, lembab dan ketinggalan dalam kesusahan.
*
Tidak jemu dalam berusaha mengajak orang kepada Islam.
*
Tidak menjauhkan diri dari jemaah walau dicaci manusia.
*
Di dlm organisasi/jemaah,tdk teringin menjadi ketua tetapi tetap bekerja dan menyumbang.
*
Menjadi pemimpin atau pengikut, mana satu tidak menjadi hal.
*
Tidak marah malah gembira, bila muncul seorang yang baru menjadi ketua (namun bukan bermaksud tanggungjawabnya sendiri berkurang, krn amanah bkn dr manusia ttp dari Allah).

Begitulah antara perkara­­­­­2 yang perlu kita perhatikan. Ini hanyalah panduan sahaja sebagai langkah berjaga-jaga bagi memastikan amalan diri kita sendiri bersih dari sifat ria', taajub, takabbur dan seumpamanya. Pekerjaan yang zahirnya baik, tetapi jika diselimuti oleh segala sifat yang batil tersebut, maka sia-sialah di sisi Allah swt. Hatta mereka yang berperang di saff hadapan dan mati di medan peperangan. Walau bagaimanapun, atas kelemahan manusia, tidak layak sebenarnya untuk menilai atau menghukum orang lain ikhlas ataupun tidak.

Kita hanya boleh melihat yang zahir sahaja. Allah swt yang Maha Mengetahui dan hanya Allah swt sahajalah yang berhak membalas segala amalan. Samada amalan yg baik atau sebaliknya.

Sama-samalah kita berdoa:
Wahai Tuhan kami! Perbaikilah hati kami, hapuskanlah cacat cela kami, pimpinlah kami ke arah kebaikan, hiasilah kami dengan taqwa, kurniakanlah kepada kami taat setia kepadaMu sepanjang hidup kami. Tuhan kami! Jadilah kami ikhlas kepadaMu, syukur kepadaMu, bertawakkal kepadaMu,
taubat kepadaMu, khusyuk kepadaMu. Sesungguhnya kami mohon kepadaMu ketetapan di dalam urusan ini, keazaman di dalam hidayah, tolonglah kami mengingatiMu, menyebut namaMu, mensyukuri nikmatMu, baik ibadat kepadaMu.‘

"Ya ALlah ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan hati-hati kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk; anugerahlah kepada kami akan rahmat kerana sesungguhnya Engkau Tuhan Yang Maha Pengurnia".

Ameen Ya Rabbal 'Alamin...

Tuesday 22 July 2008

keberkatan di sebalik rezeki makanan


macamana cara terbaik nak didik anak yang 'masih rebung' untuk mengenal Allah, Rasul dan sekaligus cintakan Islam??insyaAllah jika ada kesungguhan kita , kita akan berjaya menjadi ibu dan ayah mithali, di bawah ni saya lampirkan satu kertas kerja yang agak menarik untuk menjadi bacaan tambahan kita untuk mengetahui kepentingan mendidik anak2 menjadi anak2 soleh dan solehah penyejuk mata ibu dan ayah...wallahua'lam

BACA DAN AMALKAN....INYSHA ALLAH
Message Dr. Fadzilah Kamsah's cerita pasal Didik Anak

Assalammualaikum...

Masa saya kecik2 dulu, mak selalu sangat suruh saya habiskan belen2 nasi
Yg dia makan ... Dan pagi2 sebelum GI sekolah, mak akan tuangkan air the
Utk saya minum dlm cawan yg dia dah minum sebelum TU Dan cam biasa,
Mesti Ada sikit belen ... Tapi taklah everytime... Secara puratanya
Seminggu sekali mesti Ada mak suruh buat cam gitu Dan sampailah saya dah
Besar panjang nie pon situasi in still berjalan

Either belen makanan mak atau abah ... Tapi kalo belen makanan anak2
Memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah utk habiskan... Kami
Kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yg lain

Samada kami perasan atau tidak..., so satu Hari TU tergerak nak tanya
Pasal isu ini kat mak ...akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely
Dia buat cam gitu sebab itu petua yg dia dapat dr arwah mak mentua dia
Sendiri ... Arwah tok pompuan kami lah sebelah abah ... Mak kata, supaya
Hati anak2 sentiasa melekat kat mak bapak... Dan saya sendiri akui
Kesannya ... Makin umur Kita meningkat, hati Kita senantiasa belas
Tengok mak bapak Kita yg makin tua TU.. Kalo kena marah ke kena tengking
Ke memang kami adik beradik diam membisu jer lah namanya nak menjawab
Balik memang tak dak w'pon Kita tau yg Kita betul Dan mak pesan, dah Ada
Anak sendiri esok ... Jgn sekali2 makan lebihan makanan anak ...
Samalah ceritanya .. Dan mak kata jugak, pagi2 jumaat masa dia bancuh
Air utk kami semua, dia akan selawat 3 x Dan berdoa semoga kami selamat
Pergi Dan selamat balik ..Dan guru saya pesan, antara kesan terbesar
Bagi ibu bapa yg tidak menunaikan solat maghrib ialah, mereka2 ini akan
Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka ...

Solat berjemaahlah dgn anak2 tiap kali waktu maghrib ... Kalau Ada lebih
Dr sorang anak, suruh sorang azan Dan sorang qiam ... Kemudian berganti2
Bacakan DOA lepas solat... Ini yg kami sekeluarga amalkan sampai
Sekarang... Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat
Jamaah maghrib dgn mak abah secara pratiknya, inilah yg paling paling
Paling berkesan sekali ... Tak caya try buat .. Solat jamaah dgn anak2
Tiap kali maghrib ... Dapat semua waktu lagi baik ...

Sangat besar 'rahsia' Dan peranan dapur rupa2nya...Dan jugak kesan
Solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib.

"Apabila Kita kejar dunia, dunia akan lari; tetapi apabila Kita kejar
Akhirat, dunia akan mengejar Kita".

Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family. Usia dunia sudah
Terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! So, it's good if we can remind
Each other because in Rasulullah's last sermon, baginda pun did mention
That all those who listen to him on shall pass on his words to others,
And those to others again; and may the last ones understand his words
Better than those who listen to him directly...

Yang baik datang dari Allah & yg kurang itu is from my weaknesses

Thursday 17 July 2008

TAZKIRAH KISAH WANITA PILIHAN....ZULAIKHA

KISAH INI DIPETIK DARI BLOG USTAZ HASRIZAL...SELAMAT MEMBACA!


Sebentar tadi saya menerima email dari seorang pengunjung Saifulislam.Com.

Katanya:

Ustaz, saya menerima email di bawah dr kawan2 yg mengatakan Zulaikha bukan orang baik n dia adalah adulter, seorang isteri Al-Aziz yg curang kepada suaminya. Saya secara jujur berasa tidak senang dgn tuduhan ini sekalipun memang, seperti yg dinukilkan AQ beliau pernah berniat utk curang terhadap suaminya. Saya bukan nak membela dia, tapi saya merasa gundah kerana setiap org perempuan pada zaman ini rasanya tak berhak mengutuk dia kerana semua dr perempuan hari in tak merasa pesona hensemnya Yusuf yg sampai boleh menggelincirkan iman Zulaikha even pada niat sahaja. Tapi diterima kemudiannya menjadi isteri seorang Nabi cukup utk mengatakan die pasti lebih baik dr kebanyakan mukminah hari ini setelah dia bertaubat. Wallahua’lam. Ustaz, tolong clarifykan…

owhhh… gitu rupa2nya..
so, historically zulaikha is not really a good name laa kan. it’s a name of an adulterer.

Email yang diterima oleh beliau, adalah artikel yang disiarkan di inspigoblog.wordpress.com.

Berikut adalah jawapan saya kepada email tersebut:

Assalamualaikum WBT.

Segala masalah bermula, apabila kita tidak merujuk kepada sumber yang betul dalam memahami kisah Yusuf alayhi al-Salam. Sepatutnya kita kena disiplinkan diri dengan merujuk hanya kepada sumber-sumber yang sahih. Dan untuk kisah Yusuf, tidak lain dan tidak bukan adalah surah Yusuf sendiri dan sejumlah kecil hadith Nabi SAW yang sahih, berkaitan dengannya.

Perempuan yang kita namakan dirinya sebagai Zulaikha itu, hanya disebut oleh al-Quran sebagai imra’ah al-aziz (isteri kepada al-aziz i.e isteri kepada menteri utama). Nama Zulaikha itu tidak disebut oleh al-Quran mahu pun hadith-hadith yang sahih. Dari mana datang nama Zulaikha itu? Ia mungkin datang dari sumber Israiliyyat, biblical literature yang tidak perlu menjadi rujukan dan ambilan kita.

Itu soal nama.

Soal peribadinya, apa yang disebut di dalam Surah Yusuf ayat 20′an tentang watak perempuan itu memang benar. Dia adalah wanita bangsawan yang sangat buruk akhlaknya, bahkan bukan dirinya sendirian, malah wanita-wanita bangsawan yang lain juga berkongsi kejahatan yang sama. Allah bukan hanya menonjolkan kejelekan watak imra’ah al-’aziz semata-mata, malah keburukan budaya golongan bangsawan itu sendiri.

Tetapi kita kena ingat, apabila al-Quran menceritakan tentang keburukan perempuan ini, cerita itu ada tujuan dan maksud.

Pertamanya, Allah telah menunjukkan kelemahan suaminya sebagai pemimpin tertinggi Mesir, tetapi dayus hingga tidak mampu mengawal tingkah laku isterinya sendiri. Ada banyak teladan di sini terhadap kualiti kepimpinan yang boleh kita perhatikan. Mampukah lelaki yang gagal mengawal isteri, mengawal sebuah negeri?

Harus juga diingat, perempuan itu adalah isteri al-aziz yang merupakah pegawai tertinggi di dalam kerajaan pemerintah Mesir. Akan tetapi di sisi al-aziz ada Raja yang menjadi tunggak negara. Raja ini kelihatannya tidak terbabit di dalam konspirasi memenjarakan Yusuf, bahkan beliau bertindak membuka kembali kes Yusuf selepas 3 hingga 9 tahun Yusuf dipenjarakan sebagaimana keterangan ayat 50 Surah Yusuf, serta ayat-ayat sebelumnya.

Raja ini bukan Firaun, watak pemerintah Mesir di era Musa kemudiannya.

Keduanya, Allah SWT juga mahu menunjukkan ketinggian keperibadian Yusuf yang memilih penjara, berbanding tunduk kepada kehendak perempuan itu (Zulaikha) dan ‘datin-datin’ yang bersama dengannya. Pendirian Yusuf ini mempunyai hikmah yang besar, malah turut memberikan impak kepada wanita-wanita bangsawan itu yang kemudiannya diceritakan Allah di ayat 51 hingga 53 Surah Yusuf. Inilah kekuatan TINDAKAN berbanding PERCAKAPAN. Ia juga mengajar kita mempositifkan musibah yang menimpa diri, bahawa ujian Allah datang dengan hikmah dan kebaikan. Kitalah yang mesti bijak mencarinya.

Ketiga, Allah SWT juga mahu menunjukkan bagaimana manusia itu biar sejahat mana pun dia, harapan untuknya berubah tetap ada. Ketegasan Yusuf mempertahankan diri dari tunduk kepada kehendak perempuan itu telah menyebabkan dirinya berfikir panjang, melakukan muhasabah diri dan akhirnya bertaubat, hingga mengakui kesalahan-kesalahannya, membersihkan nama Yusuf dan memohon ampun dari Allah.

Semuanya dikisahkan di dalam ayat 51 hingga 53 Surah Yusuf.

Kelihatannya di dalam ayat itu, Allah SWT telah memberi hidayat dan mengampunkan perempuan berkenaan (Zulaikha). Seandainya dia telah bertaubat, dan Allah telah mengampunkan kesalahannya yang lalu, siapa pula kita untuk terus mencela si ‘Zulaikha’ dengan mengungkit-ungkit kesalahannya hingga digelar perempuan pelacur, jalang dan sebagainya. Apakah kita mahu melampaui keputusan Allah?

Janganlah dalam usaha kita membetulkan kesilapan, kita buat kesilapan yang lebih besar. Jangan ulangi apa yang telah dilakukan oleh Ibrahim Ali Sya’wat di dalam bukunya, Abatil Yajib an Tumha min al-Tarikh. Tatkala mahu membersihkan sejarah Islam dari kesalahan fakta, kesalahan lain pula yang dilakukannya [kritikan mengenainya boleh dibaca di sini]

Pengajarannya juga ialah, di dalam kehidupan seharian kita, jangan kita bermudah-mudah mengungkit kesalahan orang lain. Ketika mana dirinya mungkin sudah bertaubat dan diampunkan Allah, kita pula mahu membuka semula kes tersebut dan membuat pengadilan sendiri. Tercelalah manusia seperti ini yang menganggap kotor manusia yang telah dibersihkan Allah.

Ingatlah, memanggil penzina yang telah bertaubat dan dihudud dengan gelaran “hoi penzina!”, adalah kesalahan jenayah yang juga diperuntukkan Syara’ hukuman ke atasnya.

MASALAH DOA PENGANTIN “YUSUF DAN ZULAIKHA”

Masalah doa Yusuf dan ‘Zulaikha’ itu tidak boleh kita justifikasikan sebab tiada keterangan al-Quran mahu pun Hadith Nabi SAW bahawa Yusuf berkahwin dengan ‘Zulaikha’.

Kisah cinta romantis mereka berdua, kuatnya ibadah Zulaikha hingga hilang penglihatan disebabkan oleh banyaknya tangisan dia kerana takutnya diri kepada Allah dan yang seumpama dengannya, adalah drama yang mungkin penuh emosi, tetapi hakikatnya ia sebuah persembahan yang tiada asal usul.

Selepas ayat 53 Surah Yusuf, Allah SWT tidak ada lagi menerengkan apa-apa tentang ‘Zulaikha’. Begitu juga dengan hadith-hadith Nabi SAW yang sahih. Kisah imra’ah al-’aziz (Zulaikha) itu tamat dengan pengakuannya di hadapan raja, untuk membersihkan maruah Yusuf dari pertuduhan yang selama ini menjadi punca Nabi Allah itu dipenjarakan.

HAKIKATNYA

Surah Yusuf adalah rakaman kisah perjuangan seorang rasul bernama Yusuf, dan bukannya epilog cinta romantis sang merpati yang disandingkan dalam angan-angan kita sebagai Yusuf dan Zulaikha!

Habis, dari manakah datangnya kisah cinta Yusuf dan ‘Zulaikha’ itu? Dari mana datangnya doa pengantin itu? Dari mana datangnya lirik nasyid dan syair yang memuji cinta itu?

Saya tiada jawapan mengenainya, tetapi kepada yang menceritakannya, tanyalah kepada dia Min aina laka hadza (Dari mana kamu dapat benda ni?)

Wallahu A’lam.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

Monday 14 July 2008

sila beri alamat blog anda!!

Assalamualaikum...

rakan2 saya mohon bantuan rakan2 helwa sekalian untuk menghantar alamat blog jika rakan2 ada. setakat ni saya baru ada beberapa blog jer.kalau boleh dapatlah kiranya rakan2 menghantar kepada saya melalui ruangan komen yer.tq

Helwa Sheffield

AJK HELWA PMPMS SESI 08/09

Untuk pengetahuan rakan-rakan Helwa sekalian... di bawah ini di nyatakan barisan biro-biro bagi Helwa 08/09

Timbalan Penghulu (HELWA) : Pn. Fatimah Az-Zahrah

Setiausaha 2: Pn. Norhayati Mohd Rasip

Biro Agama: Pn. Aidah

Bira Penerangan: Pn. Siti Fauziah

Biro Sukan dan Riadah: Pn Seri Rahayu

Biro logistik dan Pengangkutan: Pn Aishah

Semoga sama-sama kita selaku helwa Sheffield keseluruhannya dapat bersama membantu serta bekerjasama diantara rakan helwa dan AJK sesi ini insyaAllah.

Selamat Datang!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Pertama sekali saya mewakili AJK Helwa PMPMS sesi 08/09 ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat warga/masyarakat Sheffield yang telah 'memilih' kami untuk menjadi wakil Helwa kalian bagi sesi ini. Dan di sini suka saya ingin mewar-warkan berkenaan blog helwa yang akan di 'launch'kan tidak lama lagi insyaAllah. untuk pembukaan atau perasmian entry terbaru bagi blog helwa ini saya mengalu-alukan pandangan serta cadangan buat warga melayu Sheffield umumnya serta warga Helwa Sheffield khususnya untuk sama-sama kita memeriahkan blog ini dengan memberi cadangan dan pandangan untuk kebaikan kita bersama insyaAllah...