Friday 29 August 2008

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN!!


HEBATNYA RAMADHAN!!


Ramadhan adalah betul - betul bulan Al Quran. Ia seperti digerakkan dan dijulang tinggi kelebihannya semata - mata untuk menghangatkan suasana sambutan manusia ke atas kedatangan Al Quran. Bahawa Al Quran perlu disedari kewujudannya, kekuatannya, kekuasaannya dan kemestiannya dalam kehidupan manusia.
Allah menjaga Al Quran demi cucuran rahmatNya yang berterusan ke atas manusia. Allah merahmati manusia dengan memasak Al Quran di dalam jiwa mereka.

Apa Al Quran? Ia kalamuLlah. Bila? Lamanya ia di sisi Allah tersimpan di Lauh Mahfuz di langit tertinggi di Ummil Kitab. Di alam ghaib di luar capaian seluruh makhluk kecualiNya. Ia alam yang suci tanpa noda derhaka dan laknat seperti di dunia ini. Alam yang tidak mengerti selain tunduk pada kekuasaan dan ketuhananNya. Ia bersemadi di situ demi menunggu masanya arahan bertitah.

Turunlah aduhai Suhuf Ibrahim. Turunlah aduhai Taurat, Injil, Zabur dan turunlah semuanya ke dunia menunjuki manusia pilihan ke jalan yang lurus. Turunlah.. Sesungguhnya penurunanmu adalah petanda masanya yang semakin tiba untuk giliran kitab agung pula memukau duniawi dengan suluhan sinarnya yang menunjuki.

Satu malam yang penuh berkat, penuh kebaikan, kesuburan, kehangatan rahmat dan keridhaanNya akhirnya tiba. Ia saat manusia agung sallaLlahu alaihi wasallam telah disiapkan sepenuhnya untuk membawa risalah suci ke dunia terakhir sebelum qiamat melanda dan meledakkan kehancuran agung. Malam firman agung disahut para malaikat yang bersedia lamanya mendengar perintah dan titah.

Keluarlah aduhai Al Quran dari persemadianmu dan turunlah dalam syahdu malam ke langit dunia dengan para malaikat berpesta - pestaan menyambut kehangatan malam yang penuh berkat, kebaikan, kesuburan dan rahmat agung. Mana Ar Ruuh? Mana Jibriil? Bersiaplah engkau menjunjung titah agung. Kenalilah insan agung bernama Muhammad sallaLahu alaihi wasallam, tempat pendaratan wahyu suci di dunia yang hancur. Dadanya negeri tadahan wahyu.

Itulah malam Lailatul Qadr. Itulah malam Lailatim Mubarakah. Malam ketentuanNya yang penuh berkat. Padanya diterangkan dan dibezakan segala apa yang dikehendakiNya. Ia malam yang digandakan kehebatannya. Satu malam yang terlebih baik dari seribu malam lainnya. Malam sebaik amal manusia terberkat umurnya! Sejahteralah malam itu daripada sebarang kejahatan dan keburukan sehinggalah fajar menyinsing.

Malam Lailatul Qadr adalah malam segala malam dalam bulan segala bulan yang diturunkan padanya kitab segala kitab dalam bahasa segala bahasa ke atas manusia segala manusia untuk umat segala umat.

Adakah anda menemui saat seindah ini? Adakah anda mengimpikan saat kerahmatan lebih daripada ini? Adakah anda mampu menyisih diri dari saat malam yang digilai para pencinta Ilahi ini?

Nah, segala - galanya adalah tentang Al Quran. Di dunia ini, semuanya adalah makhluk kecuali Al Quran. Ia penghubung langit dan bumi. Ia menyuluh dari alam ghaib yang maha luas tak bertepi. Tanpanya gelap gelitalah bumi. Tanpanya laknat celakalah kehidupan di bumi. Tiada lagi erti sebuah kehidupan manusia 60 tahun. Ia sesingkat 60 hari kehidupan serangga yang melata atau 60 jam nyawa sang kelkatu yang terabai tanpa syukur dan budi. Apalah makna 60 tahun sekadar bertatih pada umur dunia berjuta - juta tahun yang tetap menggamit kehancuran jua.

Allah menghendaki hambaNya bersyukur dan menikmati nikmat dan rahmatNya. KehendakNya adalah rahmat. KetentuanNya adalah rahmat. Alam ini adalah rahmatNya. Allah adalah rahmat seluruhnya.

Allah memuliakan Ramadhan untuk kita. Al Quran adalah hidangan terhidang. Syukurilah kedatangannya. Berimanlah dengan kekuasaan mutlaknya ke atas kehidupan. Bacalah ia. Fahamilah ia. Tafakkurlah pada sentuhannya. Tadabburlah pada ayat - ayatnya. Beramallah dengannya dan berserulah ke arahnya.

Berelaklah diri dari melupainya atau melekainya. Jauhilah segala seruan yang melalaikan diri daripadanya. Selamat berpuasa. Pada puasa ada hikmat agung.

Tuesday 26 August 2008

PERTANDINGAN BLOG KELUARGA KREATIF PMPMS!!


Assalamualaikum...

Pertama sekali saya selaku wakil Helwa PMPMS 08/09 mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak!! yang tidak sampai seminggu lagi kehadirannya...bak kata pepatah....RAMADHAN KEHADIRANMU DINANTI, PEMERGIANMU DITANGISI...

untuk pengumuman berikutnya, disamping kita merancang beberapa aktiviti yang bermanfaat sempena kehadiran ramadhan ini, apalah kiranya kepada ibu2 terutamanya yang tidak melakukan apa2 aktiviti di masa lapang untuk mencipta blog keluarga sebagai aktiviti sampingan. oelh itu pihak Helwa sukacita ingin memaklumkan bahawa kami akan mengadakan pertandingan 'blog keluarga kreatif PMPMS'. disini rakan2 bolehlah mengambil peluang untuk menyertai pertandingan ini yang berkuat kuasa hari ini 26 August 2008!
penyertaan dibuka kepada seluruh ahli/keluarga yang berdaftar PMPMS. pertandingan ini berdasarkan beberapa kategori atau item yang diperlukan dalam blog rakan2 antaranya :

1-pemilihan template blog yang menarik
2-gadjet2 yang kreatif dan susunatur gadjet yang menarik dan kreatif
3-user friendly
4-cerita2 keluarga yang menarik dan menghiburkan
5-gambar2 keluarga yang kreatif dan menarik

**kategori tersebut adalah yang paling lazim dan difikirkan amat sesuai sebagai penilaian pemilihan kepada pemenang 'blog keluarga kreatif PMPMS' itu nanti

**tarikh tutup penyertaan adalah pada Julai 2009!

ayuh ramai2 sahabat2 memeriahkan budaya informasi maya yang berleluasa dan hangat sekarang ini!!

-sebarang pertanyaan bolehlah hubungi saya-Fatimah Az-Zahrah Mohd Yahaya, Pengerusi Helwa PMPMS 08/09-

SEKIAN TERIMA KASIH!!

Wednesday 6 August 2008

Aktiviti HELWA

salam sahabat2 sekalian...

Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya jua dapat kita sama2 menjayakan majlis Isra' Mikraj tempohari...tahniah kpd Kak Aidah selaku Biro Agama bahagian HELWA dan saudara Safuan (HELKI) dapat menguruskan program tersebut dengan baik sekali disamping bantuan rakan2 Helwa yang lain serta masyarakat Helwa Sheffield seterusnya warga Malaysia dibumi Sheffield ni secara langsung dan tidak langsung.

Di sini suka saya ingin memberitahu rakan2 sekalian berkenaan aktiviti Helwa yang akan berlangsung insyaAllah tidak berapa lama lagi terutama sebelum menjelangnyer Ramadhan Al-Mubarak yang kita nanti-nantikan, saya selaku Pengerusi Helwa bagi sesi ini ada merancang beberapa aktiviti seperti aktiviti 'memasak'-belajar pada yang arif atau saya namakan 'AIR TANGAN ISTERI/IBU'.InsyaAllah akan diadakan, pada program tersebut bolehlah kita belajar bersama2 cara2 membuat resepi2 istimewa Ramadhan atau resepi Syawwal, kita akan menjemput pakar2 Helwa kita di sheffield ni yang pandai membuat masakan berlauk atau kuih-muih atau kek2 dan sebagainya.

Seterusnya aktiviti outdoor bagi Helwa...nampaknya kita telah hampir ke bulan ramadhan, so insyaAllah outdoor aktiviti ni akan ditangguh selepas bulan oktober insyaAllah, seperti yang dirancang, kita akan mengadakan permainan netball, badminton, bowling,swimming dan sewaktu dengannya tu insyaAllah sebagai riadah buat kaum ibu yang penat belajar dan sebagai suri rumah untuk ber riadah sambil merehatkan minda...insyaAllah

ketiga aktiviti 'HELWA DAY-OUT'- insyaAllah kita akan buat trip ke kawasan2 terdekat sekitar lingkungan Sheffield, Hull dan sekitarnya, HELWA DAY-OUT ni lebih kepada aktiviti berjalan2 sambil melihat kebesaran Allah...saya bercadang untuk melakukan aktiviti ini sebanyak 2 kali sepanjang satu sesi iaitu kita akan ke THE DEEP, HULL dimana disini terdapat tempat rekreasi minda melihat ikan2 laut dalam yang di kumpulkan dalam satu akuarium besar yang sangat indah dan menarik..ianya juga sesuai untuk anak2.tempat seterusnya saya bercadang untuk ke beberapa outlet istimewa...(maklum lah Helwa ni sinonim dengan membeli belah kan...)hi..hi...untuk keluarga kan...so saya bercadang kita keluar satu hari untuk membeli barang2 seperti pinggan mangkuk, pakaian yang ader sale dan sebagainya untuk rehatkan minda...ok tak?? aktiviti ini insyaAllah kita akan menaiki bas untuk ketempat2 tersebut.

Disamping itu insyaAllah Helwa akan mengadakan ceramah berkenaan kekeluargaan sebagai contoh : 'Parenting skill', 'Bagaimana membina keuarga bahagia' , Time Management dan sebagainya yang bersesuaian. Penceramah2 jemputan yang arif tentang bidang2 yg berkaitan insyaAllah akan dijemput.

Seterusnya, untuk makluman awal, Helwa akan membuat jualan yg diberi nama 'JUALAN HELWA'. Dimana pihak Helwa akan menjual tudung2, stokin kaki, stokin tangan, baju, jubah dan sebagainya untuk rakan2 dapatkan selain daripada di kedai2 Pakistan tu Helwa akan menjual barangan tersebut yg didatangkan khas dari Malaysia. Nantikan ye...

saya rasa setakat ini dahulu makluman awal beberapa aktiviti Helwa bagi sesi ini akan kami jalankan Insyaallah, di harap rakan2 doakan kelancaran aktiviti2 yg dirancang ini.jika ada sebarang cadangan atau pun pandangan atau pun selainnya saya amat-amat mengalukannya.

Sekian terima kasih!

Pengerusi Helwa 08/09
Fatimah Az-Zahrah

Friday 1 August 2008

Perjalanan istimewa Israk Mikraj




HARI ini, 27 Rejab mencatatkan peristiwa penting dalam kerasulan Nabi Muhammad SAW iaitu perjalanan Israk Mikraj
perjalanan Baginda dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis di Palestin serta dari Masjidil Aqsa
ke Sidratil Muntaha di langit ketujuh.Firman Allah bermaksud: "Maha suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya
pada suatu malam dari Masjidil-Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya (dengan diturunkan nabinabi
di negeri itu dan kesuburan tanahnya), agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran
Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Surah al-Isra', ayat 1)Peristiwa ini berlaku
setahun sebelum hijrahnya Nabi SAW ke Madinah bersamaan tahun 721 Masihi. Ia berlaku di tengah-tengah tekanan
dan hinaan yang kuat yang dialami oleh Rasulullah dan sahabat daripada kelompok Musyrikin Makkah seperti Abu Jahal
dan Abu Lahab.Israk Mikraj adalah satu perjalanan kilat Nabi Muhammad pada malam hari atas kudrat dan iradat Allah
dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Baginda kemudian naik ke langit sampai ke Sidratil Muntaha, bahkan ke Mustawa
dan sampai di bawah Arasy Allah (suatu tempat di mana alam ini diatur) dengan menembusi tujuh lapis langit, lalu
kembali semula ke Makkah pada malam yang sama.
Kisah-kisah dalam peristiwa Israk dan Mikraj mengandungi sesuatu yang amat menakjubkan kerana ia tidak sama
dengan cara perjalanan ditempuh oleh manusia biasa.
Perjalanan ini adalah perjalanan istimewa menggunakan kenderaan Allah yang kelajuannya tidak boleh ditandingi
dengan apa saja kenderaan yang direka oleh manusia.
Dalam peristiwa itu Rasulullah SAW diperlihatkan kekuasaan Allah serta balasan yang bakal diterima umatnya di akhirat
nanti. Firman Allah bermaksud: â€oeDan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad SAW) telah melihat (Jibril dalam bentuk
rupanya yang asal) pada waktu yang lain iaitu di Sidratil Muntaha. "Dekatnya ada syurga tempat tinggal, (Muhammad
melihat Jibril) ketika Sidratil Muntaha diliputi oleh sesuatu yang meliputinya.
"Penglihatan (Muhammad SAW) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di
situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas. "Demi sesungguhnya Baginda telah melihat
sebahagian daripada sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhan-
Nya." - (Surah an-Najm, ayat 13-18).
Antara pengajaran dalam peristiwa itu ialah mengenai wanita. Dalam perjalanan Israk dan Mikraj, Rasulullah SAW turut
melewati satu kawasan berbau sungguh harum dengan bau-bauan kasturi. Lalu Baginda bertanya kepada Jibril kawasan
apakah yang sedang mereka lalui.
Jibril menjawab: "Itulah makam Masyitah, seorang wanita penghulu syurga." Beliau ialah adalah pengasuh anak Firaun,
pemerintah kejam di Mesir yang mengaku dirinya Tuhan. Masyitah berfizikal lemah, mempunyai semangat kuat dan jiwa
keIslaman sehingga mampu menafikan keangkuhan Firaun.
Masyitah ialah pelayan raja. Beliau adalah seorang rakyat yang masih sedar dan beriman kepada Allah tetapi
disebabkan kekejaman Firaun, beliau dan ramai lagi terpaksa menyembunyikan keimanan mereka.
Pada suatu hari, ketika Masyitah menyikat rambut puteri Firaun, tiba-tiba sikat itu terjatuh. Dengan tidak sengaja, beliau
menyebut nama Allah.
Apabila puteri itu mendengar perkataan ‘Allah’, dia bertanya kepada Masyitah, siapakah Allah itu. Masyitah pada mulanya
enggan menjawab tetapi selepas didesak berkali-kali, beliau akhirnya memberitahu bahawa Allah adalah Tuhan Yang
Esa dan Tuhan Sekalian Alam.
Puteri itu mengadu kepada Firaun mengenai perkara itu menyebabkan Firaun terlalu marah apabila mengetahui
Masyitah menyembah tuhan selainnya. Masyitah dipaksa Firaun memperakui dirinya (Firaun) sebagai Tuhan, tetapi
dengan penuh keberanian beliau berkata: "Tuhan aku dan Tuhan kamu adalah Allah."
Perkataan itu menimbulkan kemarahan Firaun, lalu memerintahkan dibuat patung lembu daripada tembaga untuk diisi
minyak bagi merebus Masyitah.
Menteri Firaun, iaitu Hamman, salah seorang penghuni neraka, diperintahkan Firaun untuk membunuh Masyita. Firaun
memerintahkan patung lembu itu diletakkan di atas api sehingga panas menggelegak dan mengarahkan Masyitah dan
ahli keluarganya dilontar seorang demi seorang.
Pada waktu giliran bayinya hendak dimasukkan ke dalam lembu itu untuk direbus, Masyitah hampir mengaku kalah dan
menyerah kepada kemahuan Firaun kerana terlalu sayangkan anaknya. Tetapi dengan kehendak Allah, berlaku kejadian
luar biasa apabila bayi itu dengan fasih berkata: "Wahai ibuku! Teruskanlah dan jangan menyerah kalah, sesungguhnya
engkau di atas (jalan) kebenaran."
Masyitah dan keluarganya mempertahankan keimanan mereka dengan mengatakan Allah Tuhan Yang Esa dan Firaun
http://web.utm.my/hep - Office of Student Affair Powered by Mambo Open Source Generated: 2 August, 2008, 12:35
hanya manusia biasa. Lalu semuanya syahid dibunuh Firaun.
Keberanian seorang wanita memperjuangkan kebenaran dan keimanan ini dirakam dan diingati setiap tahun oleh
seluruh manusia melalui peristiwa Israk Mikraj.
Semua ahli keluarga Masyitah mendapat balasan syuhada daripada Allah kerana mempertahankan akidah sehingga
mati.
Dalam perjalanan itu, Baginda turut diperlihatkan 10 jenis seksaan yang menimpa wanita yang membuatkan Rasulullah
SAW menangis setiap kali mengenangkannya.
Dalam perjalanan itu, antaranya Baginda diperlihatkan perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya
mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain.
Seksaan lain yang diperlihatkan Baginda ialah perempuan yang digantung dengan lidahnya dan tangannya dikeluarkan
daripada punggung dan minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka
menyakiti hati suami dengan kata-katanya.
Baginda juga melihat bagaimana perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pokok zakum dituang
ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya.
Ada pula perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala
jengking. Mereka adalah perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk
dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu dan tidak mandi
iaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas.
Selain itu, Baginda melihat perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang
menyala. Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain.
Baginda juga melihat perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah
perempuan yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya.
Seksaan lain yang dilihat Baginda ialah perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti
keldai. Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.
Ada pula perempuan yang Baginda nampak rupanya berbentuk anjing dan beberapa ular serta kala jengking masuk ke
dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan
memfitnah orang lain.
http://web.utm.my/hep - Office of Student Affair Powered by Mambo Open Source Generated: 2 August, 2008, 12:35

8 tip kebahagiaan rumahtangga


1. P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2. P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3. P ketiga ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4. P keempat ialah 'perhatian' yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

5. P kelima mewakili 'persefahaman' kerana sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.

6. P keenam membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7. P ketujuh adalah 'percutian' di mana seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.

8. P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Ust. Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama.

Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.

Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggungjawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggungjawab terhadap keluarga," katanya.